Tuesday, September 13, 2011

~ CUBA ~



eceh.... tajuk nak market aje...macam lagu FT pulak...hehehe...

ok2...aku cuba untuk berbicara dengan lebih serius.....

tunggu jap....

aku lupa sesuatu.......

Assalamualaikum kawan2...

ok...baru boleh mula... =)

C.U.B.A

bukan negara Cuba....

tapi,,cuba..yakni kita berusaha untuk menghasilkan sesuatu...

ya,,seringkali kita mendengar orang berkata " saya cuba,,"

cuba apa??

cuba untuk menjadi yang lebih baik barangkali...

atau cuba untuk meninggalkan kehidupan yang indah kepada kehidupan yang kelam?

aku pun sedang mencuba....

mencuba,,mencuba dan terus mencuba.....

pabila lelah,,aku berhenti seketika...untuk melepaskan segala keperitan...

aku mencuba lagi..sehingga aku berasa tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan...

( err..macam bawak kereta dari perlis ke johor..kalau penat,,berenti di R&R..klu x mampu jugak,,tidur..kalau x,, alamatnya pusara di lebuhraya lah jawabnya..pssstt...cam tajuk lagu lak..hehehe)

walau apa pun dugaan yang menimpa menghimpit dada,,menyesak jiwa,,namun kita tetap mencuba untuk mencapai keinginan itu....

tapi,,kita lupa....dalam usaha kita untuk mencuba, banyak perkara yang kita abaikan...

contoh :: -

cuba untuk menjadi kaya => kita lupa untuk bermuhasabah diri sehingga kita hanyut dalam harta dunia..sehingga menjadi terlalu obses dan terjadilah perkara2 di luar batas2 kemanusiaan...

begitu juga dalam usaha kita untuk mencuba mencipta nama di peringkat glokal mahupun global..
pelbagai perkara kita bangkitkan,,pelbagai usaha kita lakukan sehinggakan meragut nyawa dan jiwa tanpa kita menjangkakan akan perkara tersebut..

terlajak perahuboleh di u-turn, terlajak kereta boleh di undur..terlajak kata or perbuatan??

nasi sudah menjadi bubur...bubur McD ke atau MB, sama je...bubur rasa ayam jugak...huhuhuu...

sebagai generasi muda,, aku tidak mahu bangsa ku berpecah kerana kata2 nista....

aku tidak mahu negaraku di jajah semula kerana 'mereka' terlalu mengejar nama...

aku tidak mahu rakan seangkatanku hanyut di buai propaganda yang hilang logiknya...

di sebalik usaha untuk menCUBA itulah,,negaraku tergadai,,maruah di letak di dalam bakul sampah..

wajarkah begitu??

dimanakah generasi muda seangkatanku sekarang???

aku memerlukan mereka....

untuk bangkit bersama-sama...

bukan hanya menerima dan mendiamkan sahaja....

sedarlah.....

kita bakal menerajui negara tanah tumpahnya darah pada masa akan datang...

cubalah.....

cubalah.......

cuba lah untuk sedar......

keluar dari mimpi dongengan yang dicipta untuk melalaikan kita..........

wassalam.....


Pesanan ikhlas :: Ehem2....

cuba untuk menjadi blogger terbaik...hehehe

~ Aku,,Dia + Sesuatu.. ~