Friday, January 13, 2012

~ WaNita+Air MaTa ~

Assalamu'alaikum w.b.t

hello everybody...long time not see..apa macam? ada baik ka? :)
kalau tak baik tu,,cuba2 la kita baik kan..sentiasa manis kan wajah walaupun cuaca tengah mendung..
walaupun hati kita sedang 'membengkak' ataupun mood kita hancur sebab tak dapat jawab soalan exam.. ^_^ 
senyum2...haa...kan manis macam tu..orang pandang kita pun sejuk je tengok nya..kan? ehe..
ok guys..tengok topik pun macam da boleh agak kan pe yang aku nak ceramah kali ni.. :p

wanita dan air mata,,
ibarat isi dengan kuku, handphone dengan charger, langsir dengan tingkap, katil dengan cadar..
pendek kata tak lengkap la kalau salah satu pasangannya tak ada..haa..
macam tu lah kaum wanita ni..orang selalu tertanya2 tambah2 lagi kaum adam ni..
" kenapa ya perempuan ni cewek sangat?sikit2 nak nanges..kena marah menangis, assignment kena reject menangis, exam tak boleh jawab menangis..?"
mungkin ada yang terlintas di fikiran soalan macam ni..dan mungkin jugak tidak..
konon2 memahami..ceewwaahh!! hahaha..
in my opinion, (ehem2..macam nak jawab essay BI pulak..hee) bukan perempuan ni lemah longlai,,cewek or ngada2 nak nangis...segan jugak kot nak nangis depan orang..hilang ayu..wuuwuwu... tapi sebab fitrah sifat wanita tu sendiri yang mempunyai jiwa dan hati yang lembut lagi sensitif.. haa..
oleh itu, maka, alkisah, arakian, jiwa wanita ni (termasuk aku) cepat tersentuh dan sedih..tapi ikut keadaan laa....kalau tengah happy tu,, mak aihh...bukan main lagi seronok nya.. kalau marah? pun marah sungguh2...kalau bahagia tu,, senyum tak hilang sampai tido..pendek kata memang menjiwai watak laa...sebab tu kadang2 wanita ni boleh jadi good pretender..and also good actress..
alaa...macam angelina jolie la kan...semua watak boleh bawak...boleh hayati..kecuali watak yang memang dia tak boleh bawak.. contoh? watak as mujahidah islam.. :)

err..back to topic..
cuba korang tanya,, 
"apa perasaan lepas menangis?"
tak payah tanya jauh2..tanya diri sendiri dah cukup..
confirm jawab,, 
" legaaaaa....sikit..(konon sikit..cett!)"

mest lepas tu keadaan akan jadi normal balik dan ok balik..mood yang tadi rasa macam nak makan  @ telan orang akan berubah..da boleh senyum da... haa..
seriuosly, memang akan rasa sangat lega lepas da bercucuran air mata tu..ibarat macam masalah da setel..padahal, berselirat nak setel macam wayar2 yang ada dalam kepala budak2 yang nak exam..hik3..
tapi da tak jadi hal la masalah tu..yang berat cam 1 tan kelapa sawit pun da rasa ringan cam kapas je..
haa... see? fikiran akan lebih terbuka dan waras lepas dah nangis! (ni teori yang aku buat sendiri..bukan dari Karl Marx or Marx Weber ye..hoho)
alaa...brader2 macho yang kat luar sana tu bukan tak pernah nangis..tipu laa kalau cakap tak pernah..cuma mereka (kaum lelaki) tak pamerkan kat khalayak sangat.. jatuh saham kat awek2 cun kalau nangis! haa.. =D

mungkin dengan menangis, perasaan yang terbeban tu secara perlahan2 akan hilang bersama-sama titisan air mata.. (jangan gelak! aku memang puitis..) dan dengan menangis kita boleh cuci mata yang dah tercemar dengan habuk ( molekul udara yang tak sihat) tu kan?hehe..

tapi,kita as a human, punya 1001 cara nak lepaskan perasaan yang terbuku di dada or tackle our problems..masing2 mempunyai cara yang tersendiri.. terpulang kepada individu sama ada nak menjerit, menyorok bawah katil or else untuk calm down their feeling..hak peribadi.. cuma,, JANGAN OVER ok??
sebagai manusia yang diberi akal fikiran yang waras, kita perlu berFIKIR dengan relevan dan matang dalam meluahkan perasaan.. setiap perkara perlu ada batas kebebasannya.. Fikirkan sejenak..jangan terlalu ikut emosi mahupun perasaan..ikut hati, mati. ikut rasa, binasa..

enough for now,
jumpa lain waktu.. ^_^

Pesanan ikhlas :: Ehem2,,
as i said before, jangan terlalu over dalam membuat sesuatu tindakan.. nak menangis, menangis la..tapi jangan sampai meraung.. berpada-padalah..ok? fikir la,,untuk apa anda menangis, kerana apa..jangan di sia2 kan air mata itu untuk menangisi perkara yang sia2.. jangan lupa, kita ada Dia untuk mendengar setiap keluh kesah dan masalah yang kita hadapi.. sesungguhnya setiap perkara yang berlaku ke atas kita itu adalah ujian dan ada hikmah yang terlindung.. 
" air mata penyesalan/taubat adalah sebaik2 tangisan "
wallahu a'lam.. maaf andai ada perkara yang ditulis mengguris hati mana2 pihak..setiap manusia mempunyai pandangan dan persepsi masing2..

~ Aku, dia, + sesuatu ~