Friday, June 22, 2012

~ tugasan ~

Assalamu'alaikum w.b.t :)

Lama tak update blog..sangat2 tak berkesempatan..tapi harini alhamdulillah di beri kesempatan oleh allah untuk meluahkan idea2 dalam otak..hehe!

Sejak kebelakangan ni fikiran asyik meracau sebut fasal komitmen..komitmen,komitmen,komitmen! nothing else..agak menyesakkan fikiran aku yang da serabut ni..haha! today's talk: membebel fasal komitmen..aiyoo...hampa tau dak komitmen tu adalah tanggungjawab untuk diri hampa laksanakan? (haa..kan da keluaq cakap utagha) seringkali kita mendengar orang berkata " saya ada komitmen yang perlu dilaksanakan" atau "saya ada komitmen lain yang perlu diselesaikan"..err, termasuklah aku..haha! ibarat janji yang perlu ditepati..kalau kita berjanji, wajib untuk kita tepati janji itu..kecuali ada kekangan yang menghalang kita untuk melaksanakan janji tersebut.. 

Begitu jugak dengan komitmen..apabila kita sudah diberi mandat untuk melaksanakan sesuatu tugasan/kerja, perlu bagi kita untuk memberikan komitmen terhadap kerja tersebut. Contoh, sebagai seorang pelajar kita perlu menyiapkan tugasan (asignment) yang diberikan oleh pensyarah kesayangan kita..hehe! walau sebesar/sesukar mana pun tugasan tu, adalah tanggungjawab kita untuk setel kan..kalau tak? F la jawabnye..kui3.. mungkin bagi kita apabila buat tugasan secara berkumpulan, tugasan tersebut akan menjadi lebih mudah.. ya, mungkin bebanan kerja yang ditanggung tidak seberat jika melakukan seorang diri.. tapi, harus kita ingat..jika kita bersikap sambil lewa ketika membuat tugasan tersebut, ahli kumpulan kita confirm tak suka dengan kita, tarik muka dengan kita.. haa..jadi, bagi la komitmen yang padu terhadap tugasan tu..jangan nak bersikap lepas tangan or fikir "takpe,,ahli group aku mesti akan setelkan punya"..please,no! itu tidak wajar sama sekali.. weh, diorang pun ada komitmen lain jugak nak kene setel..jangan nak pentingkan diri sendiri je ok?

Pernah jugak berlaku pada diri aku..(jangan tiru! hoho).. berada dalam kedaan dilema apabila mempunyai 2 komitmen yang perlu aku uruskan dalam 1 masa yang sama!  kerja berat! dua-dua sama penting.. time tu memang da berterabur semua semangat aku..bebanan yang maha dasyat aku rasa.. tapi aku cuba sedaya upaya untuk berlaku adil pada kedua-dua belah pihak.. itu sebaik-baiknya.. pentingkan mana kerja yang perlu diuruskan terlebih dahulu.. walaupun ada part2 tarik2 muka, aku pasrah..mungkin ada kekhilafan aku yang menyebabkan mereka tidak berapa puas hati.. ( u guys don't follow me ya..) Pada ketika inilah aku mengerti betapa beratnya komitmen tu.. menjadi pengajaran yang sangat berguna untuk kemudian hari..well, tidak perlu lah kita menuding jari kepada orang lain kerana tidak faham situasi yang kita alami.. tapi tudinglah jari pada diri sendiri kerana kita gagal untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan sebaik-baiknya..belajarlah untuk menerima kesilapan diri sendiri.. :)

Tapi jangan lah pulak kita bagi 1001 alasan untuk mengelak dari melaksanakan tugasan tersebut..mementingkan mana yang tidak penting atau dalam erti kata lain pentingkan diri sendiri.. Contoh: seorang rakan mengajak kita untuk temankan beliau menonton wayang sedangkan dalam masa yang sama kita terikat dengan jadual latihan untuk mewakili kolej/universiti dalam sesuatu pertandingan.. mana yang korang rasa patut diutamakan? Ya, aku tak nafikan penting bagi kita untuk menjaga hati seorang rakan baik.. tapi kita perlu ingat.. latihan adalah faktor penting untuk membantu kita mencapai kemenangan dan latihan jugaklah menunjukkan bahawa kita mempunyai usaha untuk berjaya.. kita telah diberi mandat untuk memastikan kejayaan pasukan kita.. nampak mudah je kan? wakil universiti untuk sesuatu pertandingan.. tetapi hakikatnya tanggungjawab pada kita untuk melakukan yang terbaik.. kalau nak tengok wayang tu, anytime yang takda latihan pun boleh pergi kan? :) cakap baik2 dengan rakan anda..insyaAllah dia akan memahami..

Begitu jugak komitmen kita terhadap tugasan yang Allah berikan.. Tugasan sebagai seorang muslim..contohnya, solat 5 waktu.. pada sesetengah orang, tugasan tersebut terlalu berat untuk dilaksanakan.. malas nak buat.. suatu ketika, aku juga pernah beranggapan sebegitu.. astaghfirullahal 'azim..semoga allah mengampunkan dosa2 aku yang lepas.. tetapi sampai bila kita perlu mengabaikan tanggungjawab kita terhadap Nya? sedangkan itulah tanggungjawab yang perlu kita dahulukan berbanding yang lain2..

Ingat ye kawan2.walau sekecil mana pun tugasan yang diberikan kepada kita, kita tetap mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan sebaiknya.. jangan ambil mudah.. kerana setiap perkara yang kita lakukan didunia ni akan di hitung di mahsyar kelak.. belajarlah untuk menjadi sebenar2 manusia.. :)

cukup setakat ni..ada tugasan lain yang menanti..sama2 kita lakukan perubahan,,insyaAllah, kita akan berjaya.. Allah sentiasa ada bersama-sama dengan kita.. jumpa lagi nanti..sekian, Wassalam.. :)


harapan adalah tugasan daripada family!


Pesanan Ikhlas :: Ehem2,,

1 jari kita tuding kat orang, 4 lagi tuding kat diri sendiri.. beringatlah..jangan nak salahkan orang sedangkan kesilapan diri sendiri tak nak mengaku.. put aside your ego, dude.. :)

~ Aku, Dia + Sesuatu ~