Tuesday, March 22, 2011

~ pErmAta yaNg DicAri ~





" ya allah, jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku..jika dia bukan milikku, damaikanlah hati ku dengan ketentuanMu "

terasa pelik pulak sebab tiba-tiba ringan tangan untuk taip entry ni.. kadangkala hati tidak mampu untuk menyimpan begitu banyak perkara dan terpaksa diluahkan.. 

tapi, cukup sekadar meluahkan.. tidak perlu lebih-lebih. kerana? bukan untuk dikomersialkan..hahaha... bukan lah. kerana ia masih lagi bersifat peribadi.. hak peribadi yang perlu disimpan rapi..

oh! hati sedang 'bunga-bunga' sekarang ni? jawapan: entah.. yang pasti kesakitan itu lebih terasa berbanding kebahagiaan..

ada benarnya kata-kata ini.. " jangan menyimpan harapan pada sesuatu yang belum pasti akan menjadi milik kita.. kesakitan itu akan terasa apabila kita tidak mampu untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan.." oleh itu, belajarlah wahai hati.. belajar untuk menerima kenyataan yang kadangkala memeritkan anak tekak.. kerana kebenaran itu kadangkala memang menyakitkan..

" actions are more louder than words " atau dalam bahasa belit-belit,, biarpun tidak diungkap melalui kata-kata tetapi tindakan yang dilakukan sudah cukup untuk menggambarkan apa yang tersirat di dalam hati.. hah! cukup belit-belit.. faham-faham sendiri lah ya? kih..kih...kih.... (^_^)

sebentar,,,
jangan cepat membuat hipotesis yang salah.. sebab? hipotesis yang salah akan membentuk tindakan yang salah! hah,,ambik kau..(err..yang ni aku dapat masa dalam kelas Prof Tiun..ngee).. kadangkala mata kasar tidak dapat menerangkan hal-hal yang tersirat.. pengajaran: jangan cepat melatah! berfikir waras sebelum ambil apa-apa tindakan..

dalam hal ini,, aku pasrah kepada Allahu Rabbi untuk menentukan segalanya.. kerana,, kita hanya mampu untuk merancang.. tetapi Allah yang lebih mengetahui baik buruk nya sesuatu perkara itu untuk kita.. mungkin dia tidak dicipta untuk kita kerana Allah akan memberi sesuatu yang lebih berharga daripada yang kita inginkan sekarang.. oleh itu, belajarlah bersabar, redha dan tawakal 'alallah.. Seperti apa yang selalu dinasihatkan kepada aku,, " just pray for it".. jika ia memang ditakdirkan untuk kita,, nescaya kita akan mencapai nya.. 

doa... ya... doa adalah senjata orang mukmin.. jika kita dekatkan diri dengan Allah,nescaya kita tidak berada jauh dari kasih sayang Allah.. kasih sayang yang Allah berikan jauh lebih bernilai berbanding kasih sayang manusia yang hanya bersifat sementara.. "life is simple.. don't make it too complicated.." impian dan angan-angan memang cukup indah.. tidak dinafikan.. tapi,,perlu diingat.. jangan melebih-lebih.. banyak buruknya berbanding baik.. kadangkala itu yang akan menyebabkan kitta tidak berpijak di bumi yang nyata.. 

errr..back to topic.. aku mengaku setiap insan di bumi ini tidak lari dari ingin merasa menyayangi dan disayangi.. so do i..  tapi sedarlah,,selama mana kita mampu bertahan untuk tidak meluahkan apa yang dirasa kepada insan terbabit, molek lah jika kita pendam.. cukuplah kesilapan dan kekhilafan yang aku dah lakukan.. semoga ia tidak berulang kembali dan aku tidak mahu kalian membuat keputusan yang salah seperti aku jugak.. hakikatnya ia sangat menyakitkan.. 

kenapa aku bangkitkan hal ini? kerana sekarang ni aku lihat sangat ramai insan yang menderita jiwa kerana telah membuat keputusan yang salah.. terlalu mengejar duniawi sehingga meminggirkan aspek ukhrawi.. lihat saja apa yang terjadi pada masyarakat dunia pada hari ini berbanding pada zaman kegemilangan Nabi Muhammad dahulu.. alangkah indahnya jika pemimpin pada zaman sekarang membuat keputusan berdasarkan hipotesis yang betul.. nescaya,, zaman kegemilangan yang pernah dicapai dahulu dapat diraih semula..

maaf.. aku memang suka menggunakan bahasa kiasan ataupun bahasa bunga-bunga.. kerana aku mahu sesiapa yang membaca entri ini berfikir banyak kali tentang apa yang aku cuba sampaikan... hahaha.....

setelah di +, x , \ , - , % dan sebagainya,, apa yang aku dapat simpulkan? kepada sesiapa diluar sana yang mempunyai masalah 'sakit jiwa' ( macam aku ) eloklah cepat-cepat cari penawarnya.. penawarnya sangat senang nak cari dan percuma.. yakni,, Allah.. Allah yang maha berkuasa lagi maha mengetahui setiap perkara di langit dan di bumi.. permata yang dicari itu akan muncul depan mata kita nanti.. usah ragu atau bimbang.. kerana Allah telah merencanakan sebaik-baik nya untuk kita... tawakal 'alallah..........

Pesanan ikhlas :: Ehem2,,
 berusahalah....... walaupun tidak dinafikan jauh disudut hati aku masih menyimpan sedikit harapan yang tidak pasti, cuba lah untuk mengawal diri. ayuh,,mari kita bersama-sama mengatasinya.. yakinlah pada Allah.. jika dia benar untuk kita, pasti dia akan menjadi milik kita suatu hari nanti... "just pray for it"..... setiap 'kesakitan' itu pasti akan ada kebahagiaan di hujungnya.....insyaAllah.....

~ Aku,,Dia & Sesuatu,, ~

No comments:

Post a Comment