Friday, January 13, 2012

~ WaNita+Air MaTa ~

Assalamu'alaikum w.b.t

hello everybody...long time not see..apa macam? ada baik ka? :)
kalau tak baik tu,,cuba2 la kita baik kan..sentiasa manis kan wajah walaupun cuaca tengah mendung..
walaupun hati kita sedang 'membengkak' ataupun mood kita hancur sebab tak dapat jawab soalan exam.. ^_^ 
senyum2...haa...kan manis macam tu..orang pandang kita pun sejuk je tengok nya..kan? ehe..
ok guys..tengok topik pun macam da boleh agak kan pe yang aku nak ceramah kali ni.. :p

wanita dan air mata,,
ibarat isi dengan kuku, handphone dengan charger, langsir dengan tingkap, katil dengan cadar..
pendek kata tak lengkap la kalau salah satu pasangannya tak ada..haa..
macam tu lah kaum wanita ni..orang selalu tertanya2 tambah2 lagi kaum adam ni..
" kenapa ya perempuan ni cewek sangat?sikit2 nak nanges..kena marah menangis, assignment kena reject menangis, exam tak boleh jawab menangis..?"
mungkin ada yang terlintas di fikiran soalan macam ni..dan mungkin jugak tidak..
konon2 memahami..ceewwaahh!! hahaha..
in my opinion, (ehem2..macam nak jawab essay BI pulak..hee) bukan perempuan ni lemah longlai,,cewek or ngada2 nak nangis...segan jugak kot nak nangis depan orang..hilang ayu..wuuwuwu... tapi sebab fitrah sifat wanita tu sendiri yang mempunyai jiwa dan hati yang lembut lagi sensitif.. haa..
oleh itu, maka, alkisah, arakian, jiwa wanita ni (termasuk aku) cepat tersentuh dan sedih..tapi ikut keadaan laa....kalau tengah happy tu,, mak aihh...bukan main lagi seronok nya.. kalau marah? pun marah sungguh2...kalau bahagia tu,, senyum tak hilang sampai tido..pendek kata memang menjiwai watak laa...sebab tu kadang2 wanita ni boleh jadi good pretender..and also good actress..
alaa...macam angelina jolie la kan...semua watak boleh bawak...boleh hayati..kecuali watak yang memang dia tak boleh bawak.. contoh? watak as mujahidah islam.. :)

err..back to topic..
cuba korang tanya,, 
"apa perasaan lepas menangis?"
tak payah tanya jauh2..tanya diri sendiri dah cukup..
confirm jawab,, 
" legaaaaa....sikit..(konon sikit..cett!)"

mest lepas tu keadaan akan jadi normal balik dan ok balik..mood yang tadi rasa macam nak makan  @ telan orang akan berubah..da boleh senyum da... haa..
seriuosly, memang akan rasa sangat lega lepas da bercucuran air mata tu..ibarat macam masalah da setel..padahal, berselirat nak setel macam wayar2 yang ada dalam kepala budak2 yang nak exam..hik3..
tapi da tak jadi hal la masalah tu..yang berat cam 1 tan kelapa sawit pun da rasa ringan cam kapas je..
haa... see? fikiran akan lebih terbuka dan waras lepas dah nangis! (ni teori yang aku buat sendiri..bukan dari Karl Marx or Marx Weber ye..hoho)
alaa...brader2 macho yang kat luar sana tu bukan tak pernah nangis..tipu laa kalau cakap tak pernah..cuma mereka (kaum lelaki) tak pamerkan kat khalayak sangat.. jatuh saham kat awek2 cun kalau nangis! haa.. =D

mungkin dengan menangis, perasaan yang terbeban tu secara perlahan2 akan hilang bersama-sama titisan air mata.. (jangan gelak! aku memang puitis..) dan dengan menangis kita boleh cuci mata yang dah tercemar dengan habuk ( molekul udara yang tak sihat) tu kan?hehe..

tapi,kita as a human, punya 1001 cara nak lepaskan perasaan yang terbuku di dada or tackle our problems..masing2 mempunyai cara yang tersendiri.. terpulang kepada individu sama ada nak menjerit, menyorok bawah katil or else untuk calm down their feeling..hak peribadi.. cuma,, JANGAN OVER ok??
sebagai manusia yang diberi akal fikiran yang waras, kita perlu berFIKIR dengan relevan dan matang dalam meluahkan perasaan.. setiap perkara perlu ada batas kebebasannya.. Fikirkan sejenak..jangan terlalu ikut emosi mahupun perasaan..ikut hati, mati. ikut rasa, binasa..

enough for now,
jumpa lain waktu.. ^_^

Pesanan ikhlas :: Ehem2,,
as i said before, jangan terlalu over dalam membuat sesuatu tindakan.. nak menangis, menangis la..tapi jangan sampai meraung.. berpada-padalah..ok? fikir la,,untuk apa anda menangis, kerana apa..jangan di sia2 kan air mata itu untuk menangisi perkara yang sia2.. jangan lupa, kita ada Dia untuk mendengar setiap keluh kesah dan masalah yang kita hadapi.. sesungguhnya setiap perkara yang berlaku ke atas kita itu adalah ujian dan ada hikmah yang terlindung.. 
" air mata penyesalan/taubat adalah sebaik2 tangisan "
wallahu a'lam.. maaf andai ada perkara yang ditulis mengguris hati mana2 pihak..setiap manusia mempunyai pandangan dan persepsi masing2..

~ Aku, dia, + sesuatu ~

Tuesday, September 13, 2011

~ CUBA ~



eceh.... tajuk nak market aje...macam lagu FT pulak...hehehe...

ok2...aku cuba untuk berbicara dengan lebih serius.....

tunggu jap....

aku lupa sesuatu.......

Assalamualaikum kawan2...

ok...baru boleh mula... =)

C.U.B.A

bukan negara Cuba....

tapi,,cuba..yakni kita berusaha untuk menghasilkan sesuatu...

ya,,seringkali kita mendengar orang berkata " saya cuba,,"

cuba apa??

cuba untuk menjadi yang lebih baik barangkali...

atau cuba untuk meninggalkan kehidupan yang indah kepada kehidupan yang kelam?

aku pun sedang mencuba....

mencuba,,mencuba dan terus mencuba.....

pabila lelah,,aku berhenti seketika...untuk melepaskan segala keperitan...

aku mencuba lagi..sehingga aku berasa tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan...

( err..macam bawak kereta dari perlis ke johor..kalau penat,,berenti di R&R..klu x mampu jugak,,tidur..kalau x,, alamatnya pusara di lebuhraya lah jawabnya..pssstt...cam tajuk lagu lak..hehehe)

walau apa pun dugaan yang menimpa menghimpit dada,,menyesak jiwa,,namun kita tetap mencuba untuk mencapai keinginan itu....

tapi,,kita lupa....dalam usaha kita untuk mencuba, banyak perkara yang kita abaikan...

contoh :: -

cuba untuk menjadi kaya => kita lupa untuk bermuhasabah diri sehingga kita hanyut dalam harta dunia..sehingga menjadi terlalu obses dan terjadilah perkara2 di luar batas2 kemanusiaan...

begitu juga dalam usaha kita untuk mencuba mencipta nama di peringkat glokal mahupun global..
pelbagai perkara kita bangkitkan,,pelbagai usaha kita lakukan sehinggakan meragut nyawa dan jiwa tanpa kita menjangkakan akan perkara tersebut..

terlajak perahuboleh di u-turn, terlajak kereta boleh di undur..terlajak kata or perbuatan??

nasi sudah menjadi bubur...bubur McD ke atau MB, sama je...bubur rasa ayam jugak...huhuhuu...

sebagai generasi muda,, aku tidak mahu bangsa ku berpecah kerana kata2 nista....

aku tidak mahu negaraku di jajah semula kerana 'mereka' terlalu mengejar nama...

aku tidak mahu rakan seangkatanku hanyut di buai propaganda yang hilang logiknya...

di sebalik usaha untuk menCUBA itulah,,negaraku tergadai,,maruah di letak di dalam bakul sampah..

wajarkah begitu??

dimanakah generasi muda seangkatanku sekarang???

aku memerlukan mereka....

untuk bangkit bersama-sama...

bukan hanya menerima dan mendiamkan sahaja....

sedarlah.....

kita bakal menerajui negara tanah tumpahnya darah pada masa akan datang...

cubalah.....

cubalah.......

cuba lah untuk sedar......

keluar dari mimpi dongengan yang dicipta untuk melalaikan kita..........

wassalam.....


Pesanan ikhlas :: Ehem2....

cuba untuk menjadi blogger terbaik...hehehe

~ Aku,,Dia + Sesuatu.. ~

Monday, May 2, 2011

~ sMiLe ~



S.M.I.L.E
senyum... x perlu kata apa2...senyum....aha..sekarang ni aku hanya mampu tersenyum menghadapi hari2 yang penuh dengan kejutan dan keindahan..nothing special...tapi aku yang menggempakkan hari2 ini...hahaha...walaupun kadangkala kesedihan beraja di hati,,tapi aku ambik langkah berjaga-jaga dengan senyum....konon2 motivate diri sendiri laa....memang berkesan pun...ekekeke....

nah,,baca ni..... ======>

if at times u feel u want 2 cry,
and life seems such a trial,
above the clouds there's a bright sky,
so make ur tears a smile.

as u travel on life's way,
with its ups and downs,
remember it's quite true 2 say,
1 smile is worth a dozen frowns.

among the world's expensive things,
a smile is very cheap,
and when u give a smile away,
u get 1 back 2 keep.

happiness comes at times 2 all,
but sadness comes unbidden,
and sometimes a few tears must fall,
among the laughter hidden.

so when friends have sadness on their face,
and troubles round them piled,
the world will seem a better place,
and all because u smile......
~ Alexandra Skiathitis ~

aha...credit to penulis poem ni...bermakna sungguh la kata2 dia ni..really can give motivation 2 us.. walaupun sangat simple ayat & bahasa nya..kira ok la kan? sebab orang yang x expert english cam aku ni dapat faham pe yang dia sampaikan..

sekian lama aku tak tulis entri..tiba2 entri ni yang aku pilih untuk kemunculan semula...ecececehhhh...keh3...kira ok la 2 kan...sebagai penyuntik semangat untuk rajin2 post entri...keh3...memang,,tak dapat aku nafikan...setiap senyuman yang terukir di bibir kita mampu redakan ketegangan di muka kita yang comel2 belaka ni ha...rajin2 la senyum ek kalau nak awet muda..hwawawawawa....

opsss...wait a minute...senyuman ikhlas yang kita lemparkan kadangkala tidak di sambut oleh pihak lain..geram kan? tapi apa nak buat..itu hak mereka untuk membalas atau sekadar buat "dek/dunno" je.. tapi x patut la bro...pe cer cenggitu?mana adab kita,,budaya kita sebagai bangsa melayu yang kaya dengan senyuman? ok2...pembetulan....mana adab & budaya kita sebagai manusia yang bertamadun? hellooo....tak kena bayar pun ok kalau kita reply senyuman 2...tapi kalau senyuman orang yang nak menggatal tu x payah la nak reply ok? oh..please....2 bukan budaya kita...kalau kita reply,,kita pun menggatal sama..ambik kau...hohohoho...

sekarang ni pun kerap jugak la kita tengok kat dalam tv or dengar kat radio asal senyum ni...senyum 2 kan sedekah?aaa....apa salahnya kita sedekahkan senyuman...kalau nak sedekah duit 2 boleh consider la sikit..walaupun sebenarnya takde alasan untuk tidak mampu untuk sedekahkan sikit harta kita 2..x mampu nak sedekah guna harta,,sedekahlah dengan cara lain..jangan la sedekahkan maki hamun...jangan sesekali ok?? senyum.......murahkan la senyuman....sejuk hati orang2 yang tengok..maniskan wajah kita yang comel2 belaka ni...

ok laa...aku cuma mampu untuk berkata2 camni je..terpulang la kepada individu 2 sendiri either nak pahitkan diri or maniskan? anda pilih...pilihan di tangan anda..tapi jangan senyum x tentu hala..nanti kena cop as orang gila lak..keh3...berpada-pada la....ok,,enough 4 now...wassalam~


which one of u?pilih2...
Pesanan Ikhlas : Ehem2,,,,
 jangan la nak sia2 kan diri kita..hidup x lama kat dunia ni..beringat la...bukan susah nak senyum...kemampuan untuk tersenyum 2 adalah nikmat yang Allah bagi tau...cuba kalau Allah tarik balik nikmat 2...n kita da x berpeluang langsung untuk tersenyum...camne? mau?? fikir2 kan la....jangan nak kedekut sangat....x kemana kedekut 2...
~ Aku,,Dia & Sesuatu ~


Thursday, March 31, 2011

~ uNtuKmU ~



== Pesanan buat dia ==

  •  Awak, jangan terlalu rapat dengan saya sebab nanti saya akan jatuh hati dengan awak..Awak tahu, hati perempuan ni mudah tersentuh..
  • Awak jangan terlalu baik dengan saya, sebab nanti saya akan mula suka pada awak..
  • Awak, janganlah text saya kalo tak ada apa-apa kepentingan sebab nanti saya akan jadi rindu pada awak..
  • Awak, jangan buat saya terlalu gembira dengan perhatian yang awak berikan pada saya..Saya tak dapat nak elak daripada menyenanginya..
  • Saya tahu, walaupun awak layan saya macam tu, awak hanya anggap saya kawan je kan..
  • Awak, saya nak bgtau perempuan ni hati dia lembut, cepat tersentuh dengan kebaikan atau perhatian yang diberikan..
  • Bila saya dah start suka kat awak, baru awak cakap awak anggap saya macam kawan je..
  • Bila saya dah start sayang awak, baru awak cakap kita juz kawan je..
  • Sekarang saya dah faham kenapa Allah dah letakkan dalam hubungan sesama Muslim & Muslimat..Sebab Allah tak nak saya & wanita2 lain terluka disebabkan wanita hanya punya satu cinta..
  • Nampak mcm pelik sket kan..tp ini hanyalah sekadar untuk renungan bersama..yang baik dijadikan ikutan..yang salah jadikan batasan..

ermmm...yang ni copy paste dari sini...
credit to her.....
membuka mata hati aku fasal hal ni.....(^_*)


Pesanan Ikhlas :: Ehem2,,
emm...perempuan ni hati nye sgt lmbut...ibarat kaca......luar nye keras...tapi,,,hakikatnye sgt rapuh,,,mudah retak,,mudah pecah......apa yg ptut kita buat nak kuatkan hati perempuan ni ye??IMAN......yup...iman je yg ley kuatkan hati kita drpd terjebak dgn hal2 sebegini...jgn pulak bila da terkena baru nak mnyesal...tiada guna nya....mulut mengatakan tidak....tetapi hati kita x dpt untk menafikannya....kelak,,kesakitan yang bakal dialami tu,,cukup perit.....sudah lah...berhenti dari angan2! berpijaklah pada bumi yang nyata...
wahai saudara2 wanitaku.....
ingat....hati kita bukan untuk disia2kan......
x ternilai dek harta dunia....
serahkan la pada yang sepatutnya.......
sama2 la kita muhasabah diri.......
perbaiki segala kekhilafan yg pernah kita lakukan dulu.....
wallahu a'lam.....
~  Aku,,Dia & Sesuatu.. ~

Friday, March 25, 2011

~ kEnaNgAn KitA~

assalamualaikum w.b.t......

di kala kesunyian malam ni,,hati aku terkenang kan sahabat2 form 6 dulu....
seriously,,i miss them so much...
terasa mahu kembali semula ke alam itu....
zaman susah senang di kongsi bersama...
zaman kena marah dengan cikgu...
zaman dok menyorok kat belakang kelas....
zaman gelak ketawa.....
zaman usik mengusik....
zaman gila-gila....
fuhhh...bila kenang-kenang balik,,memang rasa macam2....
kelakar pun ada...cesss...hehehe...

kelas kami la yang paling nakal skali budak-budaknya...
nyakat cikgu no.1.....
kalau bab main-main apatah lagi....
memang terbaik laa...kih3....

kat sini aku ada la nak share sikit gambar2 kitorang.....



~ 6 AF ~

 ..gurls....
~ syafika,,hanim,,ayu,,hayatun,,aku,,saliha,,raudah n saidah ~

 ...with our 'mother'...
~ teacher mardhiyah ~

 ...kenangan terindah dengan cikgu yang paling best di dunia..
~ Aku,,raudah,,cikgu noraini,,saidah n ammar ~

...boys... 
~ Mat,,ali,,ammar,,hamdan,,emeer,,zaki,,wan,,arif n bipop ~

...kelas terbaik...
~ semasa field work geografi..sempat makan angin jap kat pantai ~
(^_^)

walaupun kami ni nakal-nakal belaka,,,
tapi,,kami la kelas terbaik...
best student dari kelas kami,,,,
n majoriti yang masuk u pun dari kelas kami jugak...
memang terbaik la hampa....
walaupun last minit pnya kesedaran...hahahaha....
aku rindu hampa.....

Pesanan Ikhlas :: Ehem2,,
Bila kita nak wat reunion lagi?? bako2 kat tepi sungai...ayam BBQ+air ujan...kih3....tiap kali ayam siap bako,,ujan turun...pakat ramai2 makan dalam kete...kah3....nsib ayam sedap...hahahaha....terbaikkkk!!!
Pssstt,,,girls...gambo yang kita lepak kat belakang kelas 2 x sanggup aku nak upload...comel2 sgt..kih3...
rindu tahap x ingat kat hampa.....see all of u soon ya...insyaAllah.... (^_^)
~ Aku,,Dia & Sesuatu,,, ~

Tuesday, March 22, 2011

~ pErmAta yaNg DicAri ~





" ya allah, jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku..jika dia bukan milikku, damaikanlah hati ku dengan ketentuanMu "

terasa pelik pulak sebab tiba-tiba ringan tangan untuk taip entry ni.. kadangkala hati tidak mampu untuk menyimpan begitu banyak perkara dan terpaksa diluahkan.. 

tapi, cukup sekadar meluahkan.. tidak perlu lebih-lebih. kerana? bukan untuk dikomersialkan..hahaha... bukan lah. kerana ia masih lagi bersifat peribadi.. hak peribadi yang perlu disimpan rapi..

oh! hati sedang 'bunga-bunga' sekarang ni? jawapan: entah.. yang pasti kesakitan itu lebih terasa berbanding kebahagiaan..

ada benarnya kata-kata ini.. " jangan menyimpan harapan pada sesuatu yang belum pasti akan menjadi milik kita.. kesakitan itu akan terasa apabila kita tidak mampu untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan.." oleh itu, belajarlah wahai hati.. belajar untuk menerima kenyataan yang kadangkala memeritkan anak tekak.. kerana kebenaran itu kadangkala memang menyakitkan..

" actions are more louder than words " atau dalam bahasa belit-belit,, biarpun tidak diungkap melalui kata-kata tetapi tindakan yang dilakukan sudah cukup untuk menggambarkan apa yang tersirat di dalam hati.. hah! cukup belit-belit.. faham-faham sendiri lah ya? kih..kih...kih.... (^_^)

sebentar,,,
jangan cepat membuat hipotesis yang salah.. sebab? hipotesis yang salah akan membentuk tindakan yang salah! hah,,ambik kau..(err..yang ni aku dapat masa dalam kelas Prof Tiun..ngee).. kadangkala mata kasar tidak dapat menerangkan hal-hal yang tersirat.. pengajaran: jangan cepat melatah! berfikir waras sebelum ambil apa-apa tindakan..

dalam hal ini,, aku pasrah kepada Allahu Rabbi untuk menentukan segalanya.. kerana,, kita hanya mampu untuk merancang.. tetapi Allah yang lebih mengetahui baik buruk nya sesuatu perkara itu untuk kita.. mungkin dia tidak dicipta untuk kita kerana Allah akan memberi sesuatu yang lebih berharga daripada yang kita inginkan sekarang.. oleh itu, belajarlah bersabar, redha dan tawakal 'alallah.. Seperti apa yang selalu dinasihatkan kepada aku,, " just pray for it".. jika ia memang ditakdirkan untuk kita,, nescaya kita akan mencapai nya.. 

doa... ya... doa adalah senjata orang mukmin.. jika kita dekatkan diri dengan Allah,nescaya kita tidak berada jauh dari kasih sayang Allah.. kasih sayang yang Allah berikan jauh lebih bernilai berbanding kasih sayang manusia yang hanya bersifat sementara.. "life is simple.. don't make it too complicated.." impian dan angan-angan memang cukup indah.. tidak dinafikan.. tapi,,perlu diingat.. jangan melebih-lebih.. banyak buruknya berbanding baik.. kadangkala itu yang akan menyebabkan kitta tidak berpijak di bumi yang nyata.. 

errr..back to topic.. aku mengaku setiap insan di bumi ini tidak lari dari ingin merasa menyayangi dan disayangi.. so do i..  tapi sedarlah,,selama mana kita mampu bertahan untuk tidak meluahkan apa yang dirasa kepada insan terbabit, molek lah jika kita pendam.. cukuplah kesilapan dan kekhilafan yang aku dah lakukan.. semoga ia tidak berulang kembali dan aku tidak mahu kalian membuat keputusan yang salah seperti aku jugak.. hakikatnya ia sangat menyakitkan.. 

kenapa aku bangkitkan hal ini? kerana sekarang ni aku lihat sangat ramai insan yang menderita jiwa kerana telah membuat keputusan yang salah.. terlalu mengejar duniawi sehingga meminggirkan aspek ukhrawi.. lihat saja apa yang terjadi pada masyarakat dunia pada hari ini berbanding pada zaman kegemilangan Nabi Muhammad dahulu.. alangkah indahnya jika pemimpin pada zaman sekarang membuat keputusan berdasarkan hipotesis yang betul.. nescaya,, zaman kegemilangan yang pernah dicapai dahulu dapat diraih semula..

maaf.. aku memang suka menggunakan bahasa kiasan ataupun bahasa bunga-bunga.. kerana aku mahu sesiapa yang membaca entri ini berfikir banyak kali tentang apa yang aku cuba sampaikan... hahaha.....

setelah di +, x , \ , - , % dan sebagainya,, apa yang aku dapat simpulkan? kepada sesiapa diluar sana yang mempunyai masalah 'sakit jiwa' ( macam aku ) eloklah cepat-cepat cari penawarnya.. penawarnya sangat senang nak cari dan percuma.. yakni,, Allah.. Allah yang maha berkuasa lagi maha mengetahui setiap perkara di langit dan di bumi.. permata yang dicari itu akan muncul depan mata kita nanti.. usah ragu atau bimbang.. kerana Allah telah merencanakan sebaik-baik nya untuk kita... tawakal 'alallah..........

Pesanan ikhlas :: Ehem2,,
 berusahalah....... walaupun tidak dinafikan jauh disudut hati aku masih menyimpan sedikit harapan yang tidak pasti, cuba lah untuk mengawal diri. ayuh,,mari kita bersama-sama mengatasinya.. yakinlah pada Allah.. jika dia benar untuk kita, pasti dia akan menjadi milik kita suatu hari nanti... "just pray for it"..... setiap 'kesakitan' itu pasti akan ada kebahagiaan di hujungnya.....insyaAllah.....

~ Aku,,Dia & Sesuatu,, ~

Saturday, February 26, 2011

~ SaYaNg ~

ermm...agak lme x post something kat sini..bila lama x post pape,,jdi blurr jugak..hahaha... last2 terlintas nak ckp fasal sayang2 ni....aha,,,kalau cakap fasal syg2 ni msti orang asyik fikir cerita cinta lah,,,couple lah,,,i lap u,,u lap me lah..agak2 nye aku nak ckp fsl yg mne 1?? ofcoz la cerita cinta..!! wow...dokter cinta kah?? tengok je lah nanti....
dah2,,,x payah nak ckp bnyak2 lgi...straight to the point je...yup,, memang aku akan ckp fasal ceritta cinta..tpi,,, bukan cerita cinta antara buayafren n gelifren (err,,tiru perkataan ni dari blogger lain...ngee~).. tpi aku nak ckp fasal cinta yang maha agung.. cinta hakiki daripada Allah yang satu...orang kata perasaan sayang tu x perlu diungkap dengan kata2..cukup dengan tindakan..ya,,ada benarnya... bukti?? cara seorang muslim menunjukkan sayang kepada Allahu Rabbi macam mana? salah satu nya melalui solat...btul x kawan2?? tpi masih ada yang tertanya2 cara Allah menunjukkan sayang nya kepada hamba2 Nya..ermm...aku suka nak ingat kan kat sini.. jangan sesekali kita meragui rasa kasih & sayang Allah terhadap kita..NEVER! seburuk mana pun kita,,sejahat mana pun kita,,seganas mana pun kita,, Allah tetap melimpah kan rasa kasih & sayang nya pada kita..cuba fikir kan sejenak..kenikmatan hidup yang kita nikmati sekarang adalah salah satu kasih sayang yang Allah berikan pada kita..ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak pernah lupa akan hamba2 Nya,,tetapi hamba2nya yang selalu melupakan Allah yg Esa..mungkin akan ada suara2 sumbang yg berlegar-legar kat dalam kepala,,kalau betul Allah syg kan aku,,knpa msti aku hidup susah,,knpa mesti aku derita,,knpa mesti aku hidup tak tentu arah??masyaAllah...kawan2,,jgn ckp mcm tu okey?? tu sbnrnya bisikan syaitan laknatullah yg nak menyesatkan manusia.. ingat la...itu semua ujian drpda Allah untuk kita..untuk uji sejauhmana kesabaran & keimanan kita..kalau Allah mampu bersabar ngan kita,,knpa mesti tidak kita??betul x kawan2?? kat sini aku nak kongsi sikit bab2 ujian ni.. secara umumnye ada 4 jenis ujian yang Allah bagi kat kita..

-1- ujian mentaati perintah Allah

Solat,,puasa,,bayar zakat,,tutup aurat,,baik laku dan lain2..ni semua perkara asas dalam islam..setiap ibadah yg Allah perintahkan mengandungi hikmah,,manfaat n kebaikan..ujian ni Allah bagi sebab nak tengok,,siapa hamba2 Nya yang taat,,ingkar n derhaka....

-2- ujian menjauhi larangan Allah

Minum arak,,judi,,mengumpat,,berbohong n seumpamanya yng diharamkan pun ada hikmahnya knpa Allah larang kita buat..Allah bagi manusia pilihan..tapi,,yg guna akal waras sgt kurang..yg ikut nafsu yg paling banyak..ni la ujian nya..sejauhmana kita mampu mengatasi nafsu dengan akal yg waras...??

-3- ujian kenikmatan

Harta benda,,kekayaan,,keluarga bahagia,,kesihatan yg baik dan lain2 yang dikategorikan sebagai nikmat pun dikatakan sebagai ujian..knpa? sebab,,nikmat2 hidup ni mampu melalai n melekakan manusia..Firman Allah yg bermaksud : 
" wahai orang yang beriman,sesungguhnya antara isteri2 dan anak2 mu ada yang menjadi musuh bagimu. Maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
                                               (surah al-Taghabun 64:14)

-4- ujian musibah

Miskin,,sakit,,kematian,,derita n lain2 yang seumpamanya jugak adalah ujian yg allah bagi pada umat manusia..sebagaimana yang ditegaskan oleh allahselalu dalam firmanNya yang bermaksud :
" Dan sesungguhnya Kami akan berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang yang sabar, (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Mereka itulah golongan yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk."
(surah al-Baqarah 2:155-157)

So,,kawan2..cam ne? ternyata Allah berikan ujian kepada kita sebab Allah SAYANG kan kita..bukan Allah nak menyusahkan kita...tak...tidak sama skali..Allah nak bagi pahala kat kita,,rahmat Nya,,supaya kita dapat hidup dalam kenikmatan di akhirat kelak..terbukti kan,,Allah x pernah lupakan kita...setiap ujian yg diberikan sebenarnya adalah peringatan kepada kita..untuk selalu berada dijalanNya..untuk selalu ingat kepadaNya,,selalu sayang padaNya.. kawan2,,tengok lah...betapa Pemurahnya Allah...indah nya jalan menuju Allah... (^_^)


Pesana ikhlas :: Ehem2,,
terpanjang lak entri kali ni..hehehe...harap2 dapat bagi sikit manfaat untuk kalian..bersama-samalah kita menghayati kebesaran Allah...n jagn lupa... SAYANG ALLAH SELALU.....wee~
opsss....x lupa jugak untuk selalu bercakap-cakap dengan Allah..seorang teman selau ingt kan aku supaya selalu bercakap2 dengan Allah..insyaAllah,,segala kekusutan or jiwa kacau yg kita alami akan jdi lega...so,,aku pun nak ingat kan kat korang to do the same thing..ingt..Allah selalu ada untuk kita... (^^,)
~ Aku,,dia & sesuatu,, ~